Copy
This is news about Brahim's Dewina Group of Companies
View this email in your browser

InTouch
February 2017
MESSAGE FROM NUR FATIN DATO' SERI IBRAHIM
Group Managing Director, Dewina Holdings Sdn Bhd

Work hard and wisely for impactful results 

Thank you, everyone, for continuing your duties with dedication as always.
 
It’s already been a month in 2017.  Time flies fast and it feels as if it was just yesterday we celebrated the New Year.
 
Perhaps our work momentum in this beginning of the year is still in a post-holiday speed, however, we should not be complacent and ignore the challenges that lie ahead. In particular, we need to establish and enhance our sales, communication, branding, and promotion activities for all our Brahim's Dewina Group of Companies.
 
For example, we are continuing our Brahim’s cooking demo activities at selected hypermarkets in Klang Valley until the end of February. Especially for the Chinese New Year festive season, we are promoting a 5% discount for all Brahim’s Blue and Red packet cooking sauce from 15th January to 28th February 2017.
 
In conjunction with this promotion, we received press coverage from Chinese paper - China Press on 21st January featuring special dishes for Chinese New Year using Brahim's sauces.  Media interviews were also held for Chef Faizal Rosli and Chef Chao, specially invited from Brahim's SATS. Not forgetting Mr. Fazil Othman was also interviewed on the marketing and promotions of Brahim's products. Thank you, Chef Faizal and Chef Chao for the help and support.
  
This end February, we're launching our new product 'Brahim’s Kicap Pedas Manis' (Hot Sweet Soy Sauce). We will distribute this new soy sauce to all staff at Brahim's Dewina and at Desatera outlets for all to taste.
 
We will also be re-launching Brahim’s MRE Rice and Blue packet cooking sauce to East Malaysia Market – Sabah and Sarawak from 22nd to 24th February 2017.
 
In this month, I am inviting all of you, Brahim's Dewina staff to visit Brahim’s Facebook and please 'LIKE' our Facebook,  and 'LIKE' our posts on Facebook.  The highest number of “LIKE” will receive a Brahim’s product hamper worth RM100.
 
I also like to take this opportunity to congratulate our team at Desatera for their excellent job in securing the café catering project at Zetro Building.
 
To all Brahim’s Dewina members, I want to stress that we have to work hard from now and not wait until mid-year.  Work hard and wisely so that we can achieve impactful results for 2017 as envisioned by our Executive Chairman.
 
 
PERUTUSAN NUR FATIN DATO' SERI IBRAHIM
Pengarah Urusan Dewina Holdings Sdn Bhd 

Kerja keras dengan bijaksana untuk pencapaian yang berkesan 

Terima kasih semua kerana masih terus menjayakan tugasan anda dengan gigih seperti biasa.
 
Sudah sebulan kita berada dalam tahun 2017.  Masa berlalu dengan begitu cepat, rasanya seolah-olah baru semalam kita meraikan tahun baru.  
 
Pada bulan Januari, mungkin momentum kerja warga Brahim’s Dewina masih dalam gear rendah, maklumlah baru saja kita melangkah ke tahun baru.
 
Namun begitu, kita tidak boleh leka dan alpa dengan cabaran-cabaran yang mendatang.  Terutama sekali kita perlu mantapkan aktiviti-aktiviti jualan, komunikasi, penjenamaan dan promosi untuk Kumpulan Syarikat Brahim’s Dewina.
 
Contohnya, kita masih teruskan lagi aktiviti demo masakan produk Brahim’s di pasaraya-pasaraya terpilih di Lembah Klang sehingga akhir bulan Febuari.  Sempena dengan musim perayaan Tahun Baru Cina, kita juga melancarkan promosi diskaun 5% untuk semua kuah sedia dimasak Brahim's pek Biru dan Merah daripada 15hb Januari hingga 28hb Februari 2017.
 
Bersamaan dengan promosi ini, kita juga telah mendapat liputan daripada akhbar Cina – China Press pada 21hb Januari tentang hidangan khas untuk Tahun Baru Cina menggunakan kuah sedia dimasak Brahim’s.  Temuramah juga telah diadakan untuk Chef Faizal Rosli dan Chef Chao yang diundang daripada Brahim’s SATS.  Tidak ketinggalan Encik Fazil Othman juga ditemuramah berkaitan dengan pemasaran produk Brahim’s.  Terima kasih, Chef Faizal dan Chef Chao atas bantuan dan sokongan anda.
 
Pada akhir bulan Februari ini, kita akan melancarkan produk baru iaitu ‘Brahim's Kicap Pedas Manis'.   Kita akan edarkan kicap baru ini kepada semua staf-staf Brahim’s Dewina dan juga staf-staf yang berada di outlet-outlet Desatera untuk semua merasainya.
 
Kita juga akan melancarkan semula produk MRE Nasi dan kuah sedia dimasak Brahim's pek Biru di Sabah dan Sarawak daripada 22hb hingga 24hb Februari 2017.
 
Dalam bulan ini juga, saya minta semua staf-staf Brahim’s Dewina melayari Facebook Brahim’s dan sila ‘LIKE’ Facebook kita dan juga ‘LIKE’ post-post yang ada dalam Facebook Brahim’s.  Jumlah ‘LIKE’ yang tertinggi akan menerima hadiah hamper Brahim’s bernilai RM100.
 
Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada warga Desatera kerana berjaya mendapatkan project katering café di bangunan Zetro.
 
Kepada semua warga Brahim’s Dewina, ingin saya tekankan di sini, kita perlu berkerja keras dari sekarang dan bukan tunggu hingga pertengahan tahun. Kerja keras dengan bijaksana agar kita dapat meraih pencapaian yang berkesan untuk tahun 2017 seperti yang disarankan oleh Pengerusi Eksekutif kita.

 
DEWINA HOLDINGS 

Chef Faizal and Chef Choa cook up CNY flavours using Brahim’s cooking sauces

Chef Choa (left) and Chef Faizal presenting their Chinese New Year Flavours.
Cef Choa (kiri) dan Cef Faizal menunjukkan hidangan masakan untuk 
Tahun Baru Cina.


Bangi, 17 January 2017 – It is time to celebrate new beginnings as the Year of the Rooster approaches, and we at Brahim's are helping customers by offering a variety of interesting, simple and easy to cook dishes to herald in luck, good health, prosperity and abundance in 2017.

For a taste of home during the reunion feasting, Chef Faizal and Chef Choa from Brahim's SATS have prepared an array of easy to cook dishes using Brahim's cooking sauces.

The dishes may not be the regular Chinese cuisine, but it certainly conjures up a creative twist to the new year menus.

Below are the dishes prepared by both Chefs.
Tender Duck Meat cooked to perfection with Brahim's Indonesian Rendang Sauce.
Daging Itik dimasak dengan Brahim's Kuah Rendang Indonesia.
Fried Prawns with Brahim's Tri Flavour Sauce. 
Udang Goreng dengan Brahim's Kuah Tiga Rasa.
Lamb cooked in Brahim's Spicy Tamarind Sauce.
Daging Kambing dimasak dengan Brahim's Kuah Asam Pedas. 
Chicken cooked in Brahim's Malaysian Nyonya Sauce.
Ayam dimasak dengan Brahim's Kuah Malaysian Nyonya.
Seafood cooked in Brahim's Spicy Tamarind Sauce.
Makanan Laut dimasak enak dengan Brahim's Kuah Asam Pedas. 
 
Prawn cooked in Brahim's Sambal Tumis Sauce and Chicken in Brahim's Rendang Sauce.
Udang dimasak dengan Brahim's Kuah Sambal Tumis dan Ayam dimasak dengan Brahim's Kuah Rendang.
 
Delectable spread of Brahim's Chinese New Year Flavours that is simple and easy to prepare.
Citarasa enak dan mudah disediakan dengan Brahim's Kuah sedia dimasak untuk
hidangan Tahun Baru Cina.
Media from China Press enjoying the food tasting session with Brahim's SATS Chefs and Fazil Othman.
Pemberita dari akhbar China Press menikmati hidangan Brahim's semasa sessi 'food tasting' bersama-sama Cef dari Brahim's SATS dan Fazil Othman.

Sajian unik Brahim's MRE Nasi

Cef Razaha (kiri) bersama Cef Fakhrul Aliff menunjukkan variasi menu menggunakan Brahim’s MRE.

Melihatkan ciri fizikal menu Brahim’s Turkey Pot Pie yang hambar tanpa hiasan, gagal menarik perhatian berbanding variasi sajian lain air tangan dua cef yang berkhidmat di Brahim’s SATS Food Services Sdn Bhd, Razaha Harun dan Fakhrul Aliff Ariffin Mohari.

Namun, jangan diukur dari luaran tanpa mencuba, kreativiti cef yang menggunakan Brahim’s Meals Ready to Eat (MRE), nasi cendawan dan keju sebagai bahan utama berjaya mencipta satu lagi pencuci mulut yang sangat lazat. Enak dijamu ketika panas, aroma cendawan dan keju semerbak menusuk ke rongga hidung sebaik pai dipotong.

Setiap butir nasi diselaputi keju yang berlemak, aksesori seperti potongan kecil bawang, daun saderi, lobak, kepingan kecil daging ayam belanda dan kismis berjaya menyempurnakan cita rasa.

Menu Grilled Stuffed Calamari pula hasil kombinasi Brahim’s MRE Nasi Goreng Ikan Masin bersama sotong yang tampak ringkas namun menyelerakan.

Brahim’s MRE Nasi Goreng Ayam pula dijadikan ramuan utama dalam menyediakan menu Brahim’s Crispy Chicken Wrap Stuffed with Chicken Fried Rice.

Potongan bawang putih, bawang, daun saderi dan lobak yang digaulkan bersama Brahim’s Nasi Goreng Ayam serta garam dan lada hitam dibungkus cantik menggunakan kepingan tortila.

Manakala potongan daging ayam yang digoreng rangup pula dijadikan penambah rasa untuk memberi kesempurnaan dalam setiap gigitan.

Turkey and Mushroom Pizza antara keunikan menu disediakan apabila ia menjadikan Brahim’s MRE Nasi Briyani Ayam sebagai hiasan piza bersama keju mozarella dan puri tomato.

Bagi mereka yang memilih sajian lebih sihat, Brahim’s Red Bean and Rice Salad antara pilihan utama.

Ini kerana ia menggunakan hirisan bawang Holland, daun parsli, ketumbar, kismis dan kacang buncis merah digaul bersama minyak zaitun, jus lemon, garam dan lada hitam secukup rasa.

Brahim’s MRE Nasi Goreng Ikan Masin yang dijadikan bahan utama digabungkan bersama ramuan sihat seperti di atas kemudian dihidang cantik di atas potongan tomato Halve Roma.

Idea dikongsikan cef Razaha dan Fakhrul Aliff ini membuktikan variasi Brahim’s MRE seperti Nasi Goreng Kampung, Nasi Goreng Ayam, Nasi Tomato, Nasi Cendawan dan Keju, Nasi Goreng Ikan Masin, Nasi Briyani Ayam, Nasi Briyani Kambing, Nasi Lemak Sambal Ikan Bilis dan Nasi Arab Kambing mampu diubah suai mengikut kreativiti individu.

Cita rasa dan gaya persembahan produk Brahim’s MRE boleh dipelbagaikan, lebih menarik ia di ubah suai menjadi sajian unik dan tersendiri.

Gabungan Brahim’s Nasi Goreng Ikan Masin bersama sotong.
Brahim's Red Bean dan Rice Salad bagi penggemar salad.
Turkey Pot Pie yang cukup istimewa.


 
Pizza yang diperbuat dari Tortilla Chips, dan dihiaskan dengan Brahim's Nasi Briyani Ayam, Keju Mozarella dan Puri Tomato.

Live Talk Show di TV Alhijrah

Wawancara dengan Nur Fatin Dato' Seri Ibrahim dalam sessi siaran Live Talk Show dan demonstrasi masakan Brahim's MRE Nasi dirancangan Assalamualaikum TV Alhijrah yang berlangsung di MAHA Serdang Selangor pada 2hb Disember 2016.
Puan Nur Fatin mempamirkan Buku Resipi Brahim's yang boleh didapati di MPH dan kedai-kedai buku terpilih di Malaysia dengan harga RM39.90.
Sara dan Amira siap sedia untuk membuat demonstrasi memasak Brahim's MRE nasi.
Team Brahim's dengan Puan Hida (No. 4 dari kiri) dari TV Alhijrah bergambar mesra selepas sessi wawancara dengan Puan Nur Fatin dalam program Assalamualaikum. 
DEWINA TRADING
News Update
15 JAN - 28 FEB 2017


Promosi diskaun 5% untuk produk Brahim’s sempena Tahun Baru Cina

Oleh:  Mohd Fazil Othman​
Sempena perayaan Tahun Baru Cina 2017 ini, pihak Brahim's telah mengadakan promosi jualan dengan menawarkan potongan harga sebanyak 5% kepada pembeli untuk semua produk Brahim's kecuali MRE dan MRE Nasi di semua pasaraya yang mengambil bahagian diseluruh negara.

Ini termasuklah pasaraya Giant, Tesco, Aeon Big, Aeon, Econsave dan lain lain. Promosi pengurangan harga ini berlangsung  dari 15hb Januari sehingga  28hb Febaruari 2017. Pihak syarikat juga telah mendapat liputan akhbar mengenai promosi ini dan hidangan masakan Brahim's sempena Tahun Baru Cina daripada China Press pada 21hb January 2017. Untuk semua pelanggan Brahim's yang beragama Buddha, kami ingin mengucapkan Gong Xi Fa Cai !!!!
Headline: Brahim's for Chinese New Year. 
Raikan Tahun Baru Cina dengan Brahim's.
1 - 31 JANUARI, 2016 
 

Brahim's MRE rice cooking demos continues at selected hypermarkets in Klang Valley

Brahim's MRE Rice cooking demos started during the 4th Quarter of 2016 when the company launched the second phase of its rice campaign. These cooking demos saw an overwhelming response from consumers. It was a good branding and product awareness exercise for Brahim's as consumers had their first-hand experience in sampling the meals-ready-to-eat rice.

These cooking demos and food samplings were conducted during weekends only and will continue until the end of February at five selected hypermarkets in Klang Valley.  During this campaign, several hypermarkets reported a high demand for Brahim's MRE rice and some outlets even ran out of stock after the cooking demo sessions.

According to Fazil Othman, Sales & Mktg Manager, Dewina Trading Sdn Bhd, "By doing this kind of roadshow, we hope to increase our brand and product awareness with the aim of driving up sales, and through our product samplings, we get to engage with our consumers".

Below are the cooking demos and food sampling activities held at the following hypermarkets in January 2017.

7 & 8 January - Mydin Subang; Aeon Big Subang Jaya; Aeon Big Alamanda Putrajaya and Aeon Big Mid Valley.
14 & 15 January - Mydin Subang; Aeon Big Subang Jaya; Aeon Big Wangsa Maju; Aeon Big Alamanda Putrajaya and Aeon Big Mid Valley.
21 & 22 January - Mydin Subang; Aeon Big Subang Jaya; Aeon Big Alamanda Putrajaya and Aeon Big Mid Valley.
28 & 29 January - Mydin Subang; Aeon Big Subang Jaya; Aeon Big Wangsa Maju; Aeon Big Alamanda Putrajaya and Aeon Big Mid Valley.

Brahim’s MRE Rice Cooking Demo at Mydin Subang.
Brahim’s MRE Rice Cooking Demo at Aeon Big Mid Valley.
Brahim’s MRE Rice Cooking Demo at Aeon Big Alamanda Putrajaya.
Brahim’s MRE Rice Cooking Demo at Aeon Big Subang Jaya.
Brahim’s MRE Rice Cooking Demo at Aeon Big Wangsa Maju.
Brahim’s MRE Rice Cooking Demo at Aeon Big Alamanda Putrajaya.
DEWINA FOOD INDUSTRIES
News Update
30 DECEMBER 2016
 

Aladdin Street's DIY Video shoot

By: DFI’s Newsletter Team
Briyani Mutton Rice and Beef Kurma
As an appreciation to Dewina Food Industries for the endless support in collaborating between Brahim’s and Aladdin Street’s e-halal market platform, Aladdin Street’s Marketing Division came up with a “DIY” food video featuring two of the main Brahim’s products. The main purpose of this video was to educate the consumers and customers on how to use Brahim’s products, especially Meal Ready To Eat products.

The video shoot was held at Menara MBMR, Syed Putra on Friday, 30th December 2016.  By 6 pm, everything has been set up by Suhaila Shamsuddin, the Marketing Executive (For Special Event).  As part of the job requirements and to ensure the flow of the video runs efficiently,  DFI’s representatives, Amirah and Sara took part in the video shooting, particularly in food presentation. Products featured in the video were ‘Briyani Mutton Rice’ and ‘Beef Kurma’.               
                             
The Aladdin Street’s Marketing Team decided to conduct the DIY video shoot using the boiling method for heating up the products. This shows how convenient and versatile Brahim’s products, especially for travelers and students. The video will be published sometime in February or March and it will be featured on Aladdin Street’s YouTube Channel and Website.
Amirah preparing the garnishing for Briyani Mutton Rice. 
Garnishing done.
Model for Brahim's DIY product video shoot.
DEWINA CONSULT
News Update
JANUARY - DECEMBER 2016
 

Secondment Program supports business operations
By: Farahainiah Suhaimi

Handing Over Session of New Form to Dewina Food Industries Management.



The Secondment Program with the objective to assist the Operations of Dewina Food Industries within a year has successfully ended on 30th December 2016.  This program is also to appreciate staff's valuable contribution by offering constant support for one year.

This Secondment Program Team were responsible for managing, supervising, monitoring and advising the operations of Dewina Food Industries for a year.
 
Dewina Consult Sdn. Bhd.  is very grateful to have this kind of program in the future in assisting our group of companies on any potential development or re-engineering exercises and help to contribute to the human capital development (skills empowering) to our staff among the subsidiaries.
 
Dewina Consult Sdn. Bhd.  would like to express its gratitude to Dato’ Seri Feizal, Management of Desatera Sdn. Bhd., and to those who were directly involved in this program (Razaleigh Subhi, Muhammad Halif Ahmad, and Shafie Hj. Rawi). We hope with the new skills learned by the staff during the program will further assist them in their workplace and will be useful for the operation and businesses of Desatera Sdn. Bhd.
 
 
 
Farewell on the last day of the program at Rumah Makan Cibiuk, Kajang.
DESATERA
News Update
4 FEBRUARI 2017 

Chef Norafandi letak jawatan
Oleh: Alias Ahamad

Norafandi Abd Malek, Executive Chef Desatera Sdn. Bhd.
 
Adalah dimaklumkan bahawa En Norafandi Abd Malek, Executive Chef Desatera Sdn Bhd telah meletakkan jawatan beliau dan tarikh terakhir beliau berkhidmat dengan pihak syarikat adalah pada 4 Februari 2017. 
 
Beliau telah berkhidmat dengan pihak syarikat hampir 20 tahun.  Beliau mula berkhidmat pada 1 September 1998 sebagai Central Kitchen Manager di Desasiswa Catering Services Sdn Bhd. Beliau juga banyak menyumbangkan khidmat kepada Kumpulan Dewina termasuk projek ARM Jordan.

Pihak syarikat ingin mengucapkan ribuan terima kasih keatas semua khidmat dan sumbangan yang telah diberikan dan mengucapkan selamat maju jaya keatas apa jua bidang yang diceburi.
 
12 NOVEMBER 2016

Penganugerahan Pingat Sempena Hari Jadi ke 47 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V

Oleh:  Alias Ahamad 
 
Datuk Paduka Feizal Nor Nurbi.

Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mendahului senarai penerima anugerah dan pingat sempena Hari Jadi ke 47 Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Empat puluh tujuh individu menerima pelbagai anugerah lain yang membawa gelaran "Datuk"  dan enam yang diberikan Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Datuk Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK).  

Individu-individu tersebut adalah:
Pengerusi Tabung Haji Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan, Mohd Rafi Alli Hassan, Pengarah Urusan Taner Industrial Sdn Bhd, Tan Kian Soon, Naib Presiden KPJ Healthcare Berhad, Ketua Pegawai Eksekutif Abdol Wahab Baba, Balqis Klinik Doktor Pakar, Dr Balkhis Abdul Aziz dan Desatera Sdn Bhd, Feizal Nor Nurbi.

From Brahim's InTouch Editor

Brahim's InTouch, masih ada yang belum buka emailnya??

Oleh:  Editor InTouch @ Brahim's Marcom

Anda semua pasti telah terima Brahim's InTouch Newsletter pada awal tahun ini. Terima kasih kepada semua yang klik email dari kami, buka dan baca dan seterusnya klik pada link-link yang ada dalam newsletter itu.

Saperti yang telah disarankan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Dewina Holdings dalam perutusan beliau, Brahim's InTouch ini adalah satu platform untuk kita berkongsi maklumat bersama.  

Sebagai warga kerja di Brahim's Dewina kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk ambil tahu apa maklumat dan berita yang disampaikan oleh ketua syarikat dan juga ketua jabatan.  

Saya sebagai pengarang Brahim's InTouch ini, mohon sokongan dari anda semua untuk buka newsletter ini dan baca, dan sekiranya ada apa-apa komen dan cadangan boleh sahaja email kepada corpcommbrahims@brahimsfood.com

Untuk makluman anda semua, kami telah hantar Brahim's InTouch bulan Januari, kepada 205 orang warga Brahim's Dewina.
1.  Jumalah Email dihantar:      205 orang
2.  Jumlah Email dibuka:            55 orang
3.  Jumlah Clik dalam InTouch:    7 klik 
4.  Jumlah Email yang dibuka
     berulang kali oleh 55 orang:    174 kali
5.  Jumlah Email yang bounce:      10 orang
     (10 orang tidak terima mungkin
     kerana email addressnya ada masalah)

Dengan data yang tertera di atas, ada 140 orang staff yang masih tidak membuka email Brahim's InTouch ini.  Kami tidak akan sebutkan nama-nama staff yang belum buka email mereka, namun kami berharap dan mohon semua untuk buka email dan klik link-link maklumat yang ada dalam InTouch ini. Kami juga berharap anda akan terus buka, baca dan klik Brahim's InTouch ini di bulan-bulan seterusnya.            

Ribuan terima kasih atas kerjasama anda. AW

 

Facebook Brahim's, pernah tak anda masuk? Like 'Page' atau komen?

Oleh:  Editor InTouch @ Brahim's Marcom

Bukan apa, kami cuma hendak beritahu Page Facebook Brahim's sekarang sudah ada 1513 Likes...Pada awal tahun lepas, kita cuma ada 200 lebih Likes sahaja. Terkini kita sudah mencapai tahap yang baik tetapi kita boleh lagi dapat dua hingga banyak kali ganda Likes jika semua warga Brahim's Dewina masuk ke Page Facebook ini dan Like, Share dengan kawan-kawan untuk Like Page Brahim's. Siapa lagi kalau bukan anda semua yang sokong usaha komunikasi digital yang disediakan oleh Brahim's.

Sebagaimana yang disarankan oleh Pengarah Urusan Kumpulan Brahim's Dewina, pada bulan ini, kami akan menawarkan hadiah hamper Brahim's bernilai RM100 kepada warga kerja Brahim's yang membuat jumlah Like Page dan Like Post yang tertinggi sekali.  


Bagaimana caranya?  
1.  Sila masuk ke link Facebook Brahim's di bawah ini.  
2.  Klik Like Page.
3.  Klik mana-mana Post yang ada dalam Facebook.
4.  Penting - Hantarkan nama Facebook anda kepada
    corpcommbrahims@brahimsfood.com
5. Jika gagal hantar nama Facebook anda, kami tidak dapat
    tahu siapa dari Brahim's Dewina yang telah like Page
    Facebook Brahim's.

Ribuan terima kasih atas kerjasama anda.  AW
Brahim's News Clippings
210117_BRAHIM'S NEW PRODUCT LAUNCH

Brahim's for CNY_China Press
 
Copyright © 2017 Brahim's Dewina Group, All rights reserved.


Want to change how you receive these emails?
You can update your preferences or unsubscribe from this list

Email Marketing Powered by Mailchimp